Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1968, di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuching (KMC). Bangunan asal satu blok daripada konkrit dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 8745.0 meter persegi. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ong Soo Yen dan dibantu oleh 7 orang guru dan jumlah kelas pada waktu itu ialah enam buah kelas sahaja.Sekolah Rendah Kerajaan Green Road kerana terletak di kawasan Jalan Green Kuching.
Lima belas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1983, sekolah ini telah dinaik taraf dari sekolah gred B kepada sekolah gred A. Sekolah ini terdiri daripada dua buah blok konkrit tiga tingkat. Sebuah blok khusus menempatkan dua belas bilik darjah berserta tandas murid dan guru. Sementara sebuah blok lagi adalah untuk blok pentadbiran di tingkat satu, bilik guru dan bilik sumber. Tingkat dua untuk perpustakaan dan makmal sains dan tingkat bawah untuk bilik guru dan bilik pemulihan.